Friday, December 30, 2011

Selamat Malam Cinta

Matahari telah padamkan sinarnya,memisahkan kita setelah bersama
menjalani hari yang panjang.Kini bulan telah hadir bersama indahnya
gemerlapan bintang yang bertabur di langit gelap malam ini.
Di tempat yang sunyi ini aku sendiri,kesepian tanpa ada kamu
disampingku. Aku hanya bisa termenung di bawah sinar bulan dan
bintang. Ketika mata ini mulai terpejam, ku ingin titipkan salam rindu
melalui bulan dan bintang di langit.                                                                     
Semoga kita bisa berjumpa di alam mimpi kita yang indah bersama bulan
dan bintang.Selamat Malam Cinta. Aku tunggu kamu dalam mimpiku....

Sajak Malam Kelam

Melintasi malam kelam, 
ada yang tak bisa kuungkap,
kudidekap senyap sunyi
adakah kau tahu, aku mesti
diam.

Aku kali ini tiada, tapi bukan mati,
kita bicara sendiri-sendiri,
agar bisa mengerti gelap,
aku merayu? Jangan kau berharap.

KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO


Pengajaran mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan oleh pelajar dalam profesion perguruannya. Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-kemahiran yang digunakan oleh guru dalam perhubungan persemukaan di bilik darjah. Dengan itu, kemahiran pengajaran mikro adalah perlakuan bilik darjah yang tertentu, boleh dilihat, ditakrifkan, ditunjukkan perkaitan dengan pembelajaran murid.
Pengajaran mikro adalah melatih diri sendiri, pelajar dilatih pengajarannya  dari segi kemahiran mengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal, membantu pelajar bersiap sedia untuk membuat latihan pengajaran mikro dengan berkesan.
Kemahiran-kemahiran berikut adalah komunikasi dua hala guru-murid dalam bidang pengajaran dan pengajaran  seperti kemahiran: –
1. Set induksi
2. Tunjuk cara
3. Variasi rangsangan
4. Peneguhan
5. Penyoalan
6. Mengilustrasi dengan contoh
7. Penerangan
8. Aprisiasi
9. Penggunaan bahan sumber
10.Penutup

Monday, December 19, 2011

Kemahiran Set Induksi


Komponen KemahiranAdaTiada
Menarik perhatian
  1. Dengan menggunakan suara, gerak geri dan kontak mata
  2. Dengan menggunakan media pandang dengar
  3. Dengan mengubah corak interaksi guru-murid
Mewujudkan motivasi
  1. Dengan menunjukkan kemesraan dan penuh semangat
  2. Melalui rangsangan naluri ingin tahu
  3. Dengan menggunakan unsur-unsur yang menghairankan
  4. Melalui  cerita
  5. Mengadakan aktiviti
Menstruktur
  1. Dengan menghadkan tugasan
  2. Dengan menyatakan tujuan khas
  3. Mencadangkan cara-cara menjalankan tugas
  4. Menggunakan soalan-soalan yang berkaitan
Membuat Perkaitan
  1. Membandingkan atau membezakan dengan perkara-perkara biasa
  2. Pengetahuan sedia ada
  3. Peristiwa-peristiwa semasa yang diminati murid

Sunday, December 18, 2011

Falsafah Pendidikan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan untuk mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah Pendidikan Guru


"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."

KEMAHIRAN MEMBACA


Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang.
Membaca ialah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.
Kebolehan membaca sangat penting dan ia merupakan satu ukuran kejayaan pelajar-pelajar di sekolah. Ini kerana kebolehan membaca dianggap sebagai asas bagi mencapai semua kejayaan dalam semua bidang, terutama dalam bidang pendidikan. Kemahiran membaca ditekankan pada peringkat awal lagi bersama kemahiran lain seperti mengira dan menulis. Kebolehan membaca bukan sahaja dianggap sebagai asas utama bagi mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi dan sosial, malah sistem persekolahan itu sendiri menganggapnya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
Takrif membaca
Ada banyak huraian berkaitan takrif membaca. Membaca dimaksudkan sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis (Harris dan Sipay, 1980). Proses membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang itu mengecam bentuk visual dan menghubungkan bentuk itu dengan bunyi ataupun makna yang diketahui melalui pengalaman dan akhirnya berupaya mentafsirkan maksudnya.
Bagi Smith dan Johnson (1980) pula, membaca berteraskan keinginan mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis denga tanggapan yang dibuat oleh pembaca. Di samping itu, Goodman (1973) pula menyatakan membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan. Ini menunjukkan melalui proses itu wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran kerana hubungan hubungan antara bahasa dengan pemikiran sememangnya berlaku dalam dimensi yang lebih luas. Kita menggunakan bahasa bagi melahirkan pemikiran yang wujud dalam minda.
Jenis peringkat membaca
Terdapat empat jenis peringkat membaca iaitu;
  • Bacaan mekanis (bersuara)
  • Bacaan mentalis / akaliah (kefahaman)
  • Bacaan intensif (mendalam)
  • Bacaan ekstensif (meluas)

Thursday, December 15, 2011

Kod Etika Profesion Keguruan

 
1.
Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
2.
Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
3.
Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
4.
Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.
5.
Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.
6.
Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan.
7.
Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.
8.
Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.
9.
Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain.
10.
Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.
11.
Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12.
Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara.
13.
Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.
14.
Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.
15.
Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya.
16.
Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.
17.
Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.
18.
Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya.
19.
Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.
20.
Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.
21.
Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.
22.
Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

Kepentingan Etika Keguruan

        Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:
  1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
  2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
  3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
  4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
  5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.
  6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. – Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991).