Wednesday, February 4, 2015
Ustazah Ain.Com: Panduan Pelaksanaan dan Modul Program Mentor Mente...
Ustazah Ain.Com: Panduan Pelaksanaan dan Modul Program Mentor Mente...: بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum dan semoga pada saat ini kita sentiasa dalam perlindungan Allah SWT. Tidak lupa selawat dan sal...
Tuesday, August 7, 2012
Tazkirah Ramadan
Dalam kesibukan kita mengejar dunia, politik dan kesenangan, jangan kita lupa bahawa kita masih perlukan satu hidangan untuk hati dan santapan jiwa... dalam kepadatan waktu menghampiri Ramadhan ini, dan dalam rasa keresahan hati, pastinya kita perlu waktu untuk sendirian dan menilai kembali diri kita hari ini dan untuk sebelumnya serta yang bakal datang... Ayuhlah muhasabah diri dan mohon keampunanNya sementara waktu masih bersisa.. InsyaAllah...
Di dalam ajaran Islam semua masalah, ada jalan penyelesaiannya atau jalan keluar untuk mengatasi masalah, faham atau tidak sahaja atau mahu atau tidak kerana Islam itu agama keselamatan dunia akhirat, penyelesai semua masalah. Al Quran ada menyatakan:
FIRMAN ALLAH:
“Dan kami menurunkan daripada Al Quran itu barang yang iaitu menjadi ubat dan rahmat kepada orang mukmin dan tidak menambah akan orang yang zalim itu melainkan orang yang zalim itu melainkan rugi”.
Allah SWT mengatakan Al Quran atau Islam itu adalah ubat untuk penyakit lahir dan batin, fizikal dan rohani, dunia dan akhirat dan juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat. Juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat bagi orang mukmin. Allah SWT menyebut orang mukmin kerana orang mukmin sahaja yang mahu tunduk dan patuh kepada Al Quran atau ajaran Islam. Kalau orang kafir atau orang Islam sahaja, tidak akan mahu menerima atau payah mahu menerimanya. Allah SWT ada menyebut dalam Al Quran bahawa orang mukmin sahaja mudah diingatkan dan mudah menerima ajaran Islam atau ajaran Allah.
FIRMAN ALLAH:
“Tidak ada ucapan orang mukmin itu apabila di ajak kepada Allah dan Rasulnya agar menghukum dikalangan mereka itu melainkan mereka berkata-kata kami dengar dan kami patuh.”
Ertinya berkira dengan orang mukmin mudah, berkira dengan orang Islam lebih-lebih lagi yang bukan Islam sangat susah. Apatah lagi hendak diajak merujuk kepada Allah SWT dan Rasulnya, lebih liat lagi. Justeru itu bagi orang mukmin untuk menenangkan jiwanya Allah SWT memberitahu di dalam satu ayat berbunyi:
“Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang.”
Di sini tahulah kita ubat hati tidak tenang ialah banyak mengingati Allah SWT. Apabila banyak meningati Allah SWT, jika tidak tenang atau terasa kosong. Al Quran ada menyebut dalam sepotong ayat berbunyi;
“Barangsiapa yang berpaling daripada mengingati Aku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.”
Maksudnya, orang menolak atau melupai Tuhan serta tidak faham apa yang Allah suruh dan larang serta tidak faham apa yang Allah lakukan pada dirinya maka jiwanya sentiasa sempit, tidak tenang, gelisah, resah, susah sekalipun ia kaya, berkuasa, ada nama, ada glamour.
والله اعلم
Friday, March 16, 2012
KBSR & KSSR
PERBEZAAN KBSR DAN KSSR
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang: • Komunikasi
• Manusia dan alam sekeliling
• Perkembang diri Individu
Bahan kurikulum: • Sukatan pelajaran
Reka bentuk kurikulum: • Linear
Organisasi kurikulum: Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)
• Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan
Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)
• Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan
Elemen Memahiran berfikir Secara Kritis dan Kreatif Fokus: 3M (Membaca, menulis dan mengira)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR)
Reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang: • Komunikasi
• Kerohanian, sikap dan nilai
• Kemanusiaan,
• Perkembangan fizikal dan estetika
• Sains dan teknologi
• Ketrampilan diri
Bahan Kurikulum: • Dokumen Standard Kurikulum
Reka bentuk kurikulum: • Modular
Organisasi kurikulum:
Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)
• Modul Teras Asas, Modul Teras tema dan modul Elektif.
Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)
• Mata pelajaraan Teras dan Elektif
Elemen Kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) secara explicit.
Fokus:
4M (Membaca, menulis, mengira dan menaakul)
Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang: • Komunikasi
• Manusia dan alam sekeliling
• Perkembang diri Individu
Bahan kurikulum: • Sukatan pelajaran
Reka bentuk kurikulum: • Linear
Organisasi kurikulum: Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)
• Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan
Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)
• Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan
Elemen Memahiran berfikir Secara Kritis dan Kreatif Fokus: 3M (Membaca, menulis dan mengira)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR)
Reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang: • Komunikasi
• Kerohanian, sikap dan nilai
• Kemanusiaan,
• Perkembangan fizikal dan estetika
• Sains dan teknologi
• Ketrampilan diri
Bahan Kurikulum: • Dokumen Standard Kurikulum
Reka bentuk kurikulum: • Modular
Organisasi kurikulum:
Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)
• Modul Teras Asas, Modul Teras tema dan modul Elektif.
Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)
• Mata pelajaraan Teras dan Elektif
Elemen Kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) secara explicit.
Fokus:
4M (Membaca, menulis, mengira dan menaakul)
Friday, December 30, 2011
Selamat Malam Cinta
Matahari telah padamkan sinarnya,memisahkan kita setelah bersama
menjalani hari yang panjang.Kini bulan telah hadir bersama indahnya
gemerlapan bintang yang bertabur di langit gelap malam ini.
menjalani hari yang panjang.Kini bulan telah hadir bersama indahnya
gemerlapan bintang yang bertabur di langit gelap malam ini.
Di tempat yang sunyi ini aku sendiri,kesepian tanpa ada kamu
disampingku. Aku hanya bisa termenung di bawah sinar bulan dan
bintang. Ketika mata ini mulai terpejam, ku ingin titipkan salam rindu
melalui bulan dan bintang di langit.
disampingku. Aku hanya bisa termenung di bawah sinar bulan dan
bintang. Ketika mata ini mulai terpejam, ku ingin titipkan salam rindu
melalui bulan dan bintang di langit.
Semoga kita bisa berjumpa di alam mimpi kita yang indah bersama bulan
dan bintang.Selamat Malam Cinta. Aku tunggu kamu dalam mimpiku....
dan bintang.Selamat Malam Cinta. Aku tunggu kamu dalam mimpiku....
KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO
Pengajaran mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan oleh pelajar dalam profesion perguruannya. Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-kemahiran yang digunakan oleh guru dalam perhubungan persemukaan di bilik darjah. Dengan itu, kemahiran pengajaran mikro adalah perlakuan bilik darjah yang tertentu, boleh dilihat, ditakrifkan, ditunjukkan perkaitan dengan pembelajaran murid.
Pengajaran mikro adalah melatih diri sendiri, pelajar dilatih pengajarannya dari segi kemahiran mengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal, membantu pelajar bersiap sedia untuk membuat latihan pengajaran mikro dengan berkesan.
Kemahiran-kemahiran berikut adalah komunikasi dua hala guru-murid dalam bidang pengajaran dan pengajaran seperti kemahiran: –
1. Set induksi
2. Tunjuk cara
3. Variasi rangsangan
4. Peneguhan
5. Penyoalan
6. Mengilustrasi dengan contoh
7. Penerangan
8. Aprisiasi
9. Penggunaan bahan sumber
10.Penutup
Monday, December 19, 2011
Kemahiran Set Induksi
| Komponen Kemahiran | Ada | Tiada | |
Menarik perhatian
| |||
Mewujudkan motivasi
| |||
Menstruktur
| |||
Membuat Perkaitan
|
Sunday, December 18, 2011
Falsafah Pendidikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan untuk mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Falsafah Pendidikan Guru
"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."
Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang.
Membaca ialah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.
Kebolehan membaca sangat penting dan ia merupakan satu ukuran kejayaan pelajar-pelajar di sekolah. Ini kerana kebolehan membaca dianggap sebagai asas bagi mencapai semua kejayaan dalam semua bidang, terutama dalam bidang pendidikan. Kemahiran membaca ditekankan pada peringkat awal lagi bersama kemahiran lain seperti mengira dan menulis. Kebolehan membaca bukan sahaja dianggap sebagai asas utama bagi mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi dan sosial, malah sistem persekolahan itu sendiri menganggapnya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
Takrif membaca
Ada banyak huraian berkaitan takrif membaca. Membaca dimaksudkan sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis (Harris dan Sipay, 1980). Proses membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang itu mengecam bentuk visual dan menghubungkan bentuk itu dengan bunyi ataupun makna yang diketahui melalui pengalaman dan akhirnya berupaya mentafsirkan maksudnya.
Bagi Smith dan Johnson (1980) pula, membaca berteraskan keinginan mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis denga tanggapan yang dibuat oleh pembaca. Di samping itu, Goodman (1973) pula menyatakan membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan. Ini menunjukkan melalui proses itu wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran kerana hubungan hubungan antara bahasa dengan pemikiran sememangnya berlaku dalam dimensi yang lebih luas. Kita menggunakan bahasa bagi melahirkan pemikiran yang wujud dalam minda.
Jenis peringkat membaca
Terdapat empat jenis peringkat membaca iaitu;
- Bacaan mekanis (bersuara)
- Bacaan mentalis / akaliah (kefahaman)
- Bacaan intensif (mendalam)
- Bacaan ekstensif (meluas)
Thursday, December 15, 2011
Kod Etika Profesion Keguruan
1. | Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. |
2. | Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. |
3. | Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. |
4. | Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. |
5. | Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya. |
6. | Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan. |
7. | Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat. |
8. | Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain. |
9. | Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain. |
10. | Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan. |
11. | Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. |
12. | Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara. |
13. | Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna. |
14. | Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya. |
15. | Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya. |
16. | Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan. |
17. | Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. |
18. | Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya. |
19. | Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya. |
20. | Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain. |
21. | Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan. |
22. | Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan. |
LABELS: ILMU PENDIDIKAN
Kepentingan Etika Keguruan
Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:
- Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
- Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
- Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
- Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
- Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.
- Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. – Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991).
LABELS: ILMU PENDIDIKAN
Thursday, November 24, 2011
Friday, September 23, 2011
Merdekaraya
Anak-anak pra sekolah....
Sajak 1Malaysia...Penulis bersama juruteknik komputer SK. Tasik Damai, En. Arif...
Wednesday, August 24, 2011
Tuesday, August 23, 2011
Tuesday, January 18, 2011
Novel
Kontroversi novel Interlok seharusnya tidak terjadi.Pihak-pihak yang membakar novel tersebut adalah insan-insan yg terlalu menurut perasaan.Novel ini baik kerana memaparkan kisah kaum-kaum yg terdapat di Malaysia.Kisah-kisah berkenaan memaparkan realiti kehidupan masyarakat Malaysia yg sebenarnya.Tentang beberapa istilah yg dikatakan sensitif itu juga adalah realiti.Penulis novel ini adalah seorang yg hebat. Beliau adalah seorang Sasterawan Negara yg faham akan penulisannya..Pihak kerajaan hendaklah meneruskan niat untuk menjadikan novel Interlok sebagai teks sastera ting. 5...
Thursday, January 13, 2011
Artis
Tindakan kurang bijak sesetengah artis kita boleh memusnahkan karier mereka...artis berbikini amat memalukan.
Wednesday, January 12, 2011
Bola sepak
Lebih baik jika pemain bola sepak Malaysia, Safee Sali bermain di negara sendiri sahaja. Tak perlu menggadai keselamatan diri dan keluarga dengan berada dlm kelompok masyarakat yg penuh dendam dan iri hati. Apa kurangnya Selangor jika dibandingkan dgn pasukan dr seberang itu?
Subscribe to:
Posts (Atom)